Ulasan kelas asas blog penulisan
Sumber:http://anysidayu.blogspot.com/2013/06/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html?spref=fb
Alhamdulillah dan sangat-sangat berterima kasih kepada, puan Masayu Ahmad kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang penulisan untuk membantu kami yang tidak ada kemahiran menulis.
Menurut beliau, dalam kelas blog ini, kita dapat menghasilkan blog yang kemas dan tersusun, serta cara untuk menghasilkan tulisan berpengaruh supaya pembaca tidak jemu dengan apa yang kita persembahkan.
Dan apa yang paling membuatkan saya sangat gembira ialah di akhir kelas setiap pelajar akan dapat terbitkan ebook hasil tulisan bersama. Sudah lama sebenarnya saya hendak belajar membuat ebook sendiri. Mahu menulis sesuatu yang telah lama direncanakan. Mudah-mudahan dengan belajar blog dan ebook ini saya dapat juga menghasilkan ebook sendiri.
Kelas asas blog ini sememangnya sangat-sangat digalakkan kepada semua yang baru belajar atau sudah ada pengalaman tersendiri tapi tidak tahu cara untuk berkongsi dengan umum. Jadi blog adalah tempat yang sesuai untuk bercerita. Untuk permulaan ikut serta dalam kelas ini memang agak janggal kerana sudah lama tidak mengasah bakat menulis.
Kali terakhir ketika SPM dahulu. Jadi agak mengambil masa juga untuk sesuaikan rentak sendiri. Lama-kelamaan jika hari-hari menulis, idea itu akan datang sendiri. Betul kata sifu. Sebab itu beliau meminta semua para pelajar menyediakan buku catatan untuk mencatat apa sahaja idea dan lintasan yang ada dalam fikiran kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu, catatan harian selama 44 hari memang dapat membantu mengasah bakat tulisan. Jika kita sentiasa menulis setiap hari, bila tak menulis pasti rasa seperti tak keruan. Ada aktiviti yang tak lengkap dalam sehari.
Melalui kelas ini juga saya dapat belajar menghasilkan blog yang tersusun, kerana sebelum ini saya hanya pandai membuat blog ikut suka hati saja. Tidak berapa kemas. Setelah belajar, sangat jauh perbezaan blog lama dan blog yang baru. Apa yang penting daya usaha kita untuk belajar, jika sudah pandai pasti boleh menghasilkan seberapa banyak blog yang kita mahukan.
Bagi saya kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang benar-benar sibuk dan tidak dapat menghadirkan diri untuk bengkel, seminar atau kelas toturial yang diadakan di luar. Kebanyakkan antara kita rata-rata semuanya bekerjaya, jadi pasti agak kesuntukan masa untuk tugasan lain. Manakala bagi suri rumah pula, kesibukan menguruskan rumah tangga pasti penghalang untuk keluar menghadiri kelas. Jadi dengan adanya kelas online seperti ini, ia sangat-sangat membantu kami yang sememangnya perlukan bimbingan.
Kita boleh belajar mengikut masa sendiri, tak perlu rasa terkejar-kejar untuk menghadiri kelas. Bagi yang agak lemah pula pasti mengambil sedikit masa untuk lebih faham, jadi kelas seperti ini memang sesuai kerana kita boleh buat ulangkaji sendiri dan boleh bertnya apa juga pertanyaan dan kemusykilan. Sekiranya menghadiri kelas di luar, pasti kesuntukan masa untuk kita belajar satu-persatu. Malah kelas online ini juga kita belajar dan terus aplikasi dan bina sendiri apa yang kita mahu berdasarkan modul yang diberikan. Maknanya tidak perlu ambil masa lain pula untuk menyiapkannya.
Dan kelas ini sangat sesuai untuk semua usahawan yang baru hendak bermula. Bina penjenamaan diri melalui tulisan di blog. Saya sangat seronok dapat menyertai pasukan ini. Banyak motivasi dan kerjasama kumpulan yang diterapkan. Bantu membantu sesame ahli kumpulan. Walau tidak pernah bersua, hanya dalam talian, hubungan ukhwah yang terjalin seperti sudah lama.
Terima kasih tak terhingga kepada kak mas kerana telah Berjaya membuka kelas ini sehingga ramai antara kami yang bermula daripda zero, dan kini ada yang telah pun melepasi tahap pencapaian. Semoga kak mas akan terus berjaya dan diberi kesihatan yang baik-baik untuk terus member bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Dan semoga kita dapat sesuatu yang amat bermakna dan bermanfaat dengan penyertaan dalam kelas asas blog ini. Insya Allah.
Bagi yang ingin menyertai kelas asas blog ini sangat-sangat digalakkan untuk sama-sama menambah ilmu dalam bidang bisnes. Boleh tengok details penyertaan untuk kelas asas blog penulisan di sini http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/2013/06/kelas-online-belajar-asas-blog-dan.html
Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO)
Wednesday, June 19, 2013
Tuesday, June 18, 2013
Catatan lewat hari-motivasi turun naik
Teks: Masayu
Sujud syukur akan perjalanan ini, alhamdulillah atas segala kurnia rahmat dan kasih sayang Allah. Saya kini melewati satu lagi fasa, fasa tidak menang tangan. Tetapi alhamdulillah.
Bertambah tugas, bertambah juga amanah. Kadangkala rasa tidak menang tangan, kemudian tarik nafas dan selesaikan satu persatu.
Saya dapat merasakan satu persamaan dalam setiap mesej yang diterima melalui email ataupun fb.
"Saya sedih dengan keadaan sekarang, terpaksa terima menjadi suriruamh sepenuh masa. Ini bukan pilihan saya." Puan R
"Saya tidak ada kekuatan, tidak ada motivasi, macammana saya perlu dapatkan kembali motivasi."
Allahurabbi, kadangkala saya juga rasa serba salah, sebetulnya saya bukanlan orang terbaik untuk kalian berkongsi rasa. Kerana saya bukan pakar kaunselor, akan tetapi saya jawab di sini dengan jawapan paling umum.
Pertama: Tanya diri sendiri
Kita kembali tanya kepada diri sendiri, apa yang kita mahu dalam kehidupan. Kita sendiri yang pilih dan ubah. Jika saya beri pandangan, belum tentu ia sesuai atau boleh diterima. Begitu juga kekuatan, cari kekuatan itu dengan mengadu kepada Allah. Dia sebaik-baik tempat mengadu. Jika mengadu kepada orang tidak dikenali, nanti berlaku pula salah faham, atau kita tersala bicara.
Aduhai, aduhai. Terima kasih kerana suka berkongsi, tetapi janganlah mengharapkan saya ini sebagai kaunselor. Kesian saya. Cumanya saya ini suka berkongsi perkara yang bermotivasi, kalian bacalah di sini ya.

Sunday, June 16, 2013
Tukar sasaran pembaca kepada pelanggan
Mengenali dan sasaran, iaitu tahu siapa pembaca kita dan ia boleh diubah kepada pelanggan. Bagaimana pula dipratikkan untuk blog dan fan page?
Selepas kita analisa apa kekuatan kita (6 analisan asas), soalan asas yang saya tanya dahulu, kita tahu apa minat dan kepakaran kita. Ini kunci paling utama untuk memastikan kita konsisten menulis. Minat dan kepakaran sangat berkaitan rapat sebagai pendorong dan motivasi utama.
Kemudian jadikan ia sebagai satu cara untuk mengetahui pelanggan. Dari situ kita tahu siapa kelompok pembaca kita. Kemudian kita tukar kelompok pembaca kita itu sebagai pelanggan.
Tukar isi tulisan kepada jenis produk yang boleh ditawarkan berdasarkan kelompok sasaran pembaca kita.
Contoh blog Idzaney Iryani adalah berdasarkan minat, pengalaman dan kepakaran beliau dalam coklat. Jadi kita sudah mendapat kata kunci, pelanggan sasaran ialah mereka yang minat dalam coklat, usahawan coklat dan bakal usahawan coklat. Inilah yang bakal membeli bukku atau ebook Idzaney. Sesudah mengenal pasti bina tapak jualan fan page kedai buku, kita akan tahu berapa ramai yang sudi masuk sebelum jualan pertama bermula. Dengan kata lain, bina seberapa ramai sasaran pelanggan sebelum menjual.
Blog yang selalu update, selalu menjadi daya tarikan untuk pembaca baca. Blog yang sesekali kala update umpama kedai yang sekejap dibuka, sekejap ditutup. Macamana tu? Sama-sama kita fikir.

3 alasan tegar untuk saya kekal konsisten-wahm soho
Teks: Masayu Ahmad
Jika kalian sudah mendapatkan buku Jana RM sudah faham apa itu analisis iaitu menentukan jenis bidang kerja dan bisnes. Manakala pendapatan pula, tentukan pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Rancang ia berdasarkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, 3 hingga 5 tahun.
Apa contoh, ini senarai yang saya maksudkan 30 ebook/buku adalah pendapatan pasif hingga saya tua. Melalui royalti ia diraih sepanjang masa, selagi mana ia laku. Untuk memenuhi permintaan buku-buku asas bisnes ini, sebab itulah saya sudah mula dengan kelas asas blog dan penulisan. Kerana saya tahu ramai surirumah yang boleh menulis. Kita menjangkakan gandingan rujukan yang lengkap untuk keperluan sasaran wahm, sahm, soho. Kerana saya juga ibu, pekerja, usahawan online, dan lain-lain saya memerlukan ini.
1. Buku-buku asas bisnes. Jadi usaha sekarang ini dengan menemuramah seberapa banyak sumber yang sudah ada pengalaman dan kita kongsikan ia dalam bentuk buku dan ebook.
2. Pendidikan awal. Ini adalah sangat penting untuk ibu-ibu walaupun masih di rumah di luar rumah, masih ada rujuka yang lengkap. Saya kini ada dua penulis iaitu dari Pengetua Tadika Islam Swasta dan juga Pengamal tegar sekolah di rumah. ;) Jadi hasil dari penulis ini insya-allah memenuhi keperluan ibu-ibu sekalian.
3. Kami bergabung dalam page wahm sahm soho

Friday, June 14, 2013
3 teknik urusniaga online-sesuai bagi yang baru mahu mula
Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com
Ini asas yang perlu ada bagi yang baru mahu mula belajar urusniaga online. Saya tahu ramai yang sudah pakar, tetapi asas yang saya tulis ini khusus bagi ibu yang baru bermula.
1. Mulakan dengan percuma, fan page, blogspot, produk dropship. Ini tiga yang sangat asas yang boleh dimulakan. Kalian boleh google untuk mendapatkan tiga ini.
2. Fan Page adalah sebagai kedai online dan cara yang sangat efektif untuk menjual dan terus kepada pelanggan.
3. Blogspot. Boleh google untuk memulakan ini. Blog sangat sesuai untuk titik mula kalian mencari pelanggan. Ya blog adalah salah satu cara memperkenalkan diri kepada pelanggan, bina khalayak pelanggan kalian sendiri. Ada berjuta-juta rakyat Malaysia, kalian hanya mahu 3K hingga 5K pertama pelanggan setia. Saya akui 2k pertama buku saya habis dijual dengan mudah pada fasa pertama dan jumlah cetakan pertama adalah 3K sahaja dan kini ia berbaki sedikit sahaja lagi.
4. Dropship. Tidak perlu ada produk sendiri, mulakan dengan produk yang sudah ada. Banyak pembekal yang menawarkan dropship. Saya sendiri ada tiga, sunnah, kedai buku dan dropship borong. Beli
mana-mana buku saya, kalian akan saya masukkan dengan pilihan produk yang kalian suka.
Ok, untuk 1,2,3 mudah sahaja, jika buntu ada 1 hingg 10 langkah sahaja bermula dengan analisa. Kami tawarkan melalui kelas online fan page dan blogspot. Hubungi saya di fb.

Hiduplah sebagaimana yang kita pilih
Teks: Masayu Ahmad
Ada dua pilihan sahaja kita hidup atas muka bumi. Mahu syurga atau neraka. Jadi pilih lah kehidupan yang boleh membawa kita ke syurga.
Mendengar percakapan yang baik-baik, memilih sahabat yang baik, rangkaian yang baik, guru yang baik, sahabat tauladan dan sebagainya.
Saya juga sebagaimana kalian, menanam benih melalui kehidupan sama ada dalam kerjaya atau bisnes. Pilihlah yang boleh membawa manfaat untuk kita di akhirat kelak. Bersyukur dengan segala kurniaan apa yang ada.
Saya masih berlari untuk selesaikan 30 ebook dan buku. Dan dua lagi website sedang diusahakan. Sedang dalam proses survey lagi. Alhamdulillah.
Juga terima kasih atas sambutan kelas asas blog yang cukup luar biasa. Saya kini dibantu tiga guru online. Jadi tidak ada masalah, sudah ada pengagihan tugas. Kalian yang berminat menulis dan menghasilkan blog yang disukai pembaca sudah boleh mula mendaftar.

Wednesday, June 12, 2013
Teknik menulis blog berpengaruh
Assalammualaikum kepada semua pembaca sekalian
Keputusan yang saya buat selepas meletakkan jawatan menjadikan saya seorang ibu yang tinggal bersama 2 orang cahaya mata 24 jam sehari. Saya gembira dengan keputusan saya, tiada lagi orang atasan atau orang bawahan seperti dalam organisasi dan birokrasi ketika bekerja di pejabat. Hampir setahun saya bergelar suri rumah sepenuh masa. Namun disebabkan Allah menganugerahkan minda yang aktif dan badan yang sihat menyebabkan saya tidak boleh duduk diam di rumah. Ada sahaja yang saya buat untuk memastikan ilmu yang ada semakin berkembang dan boleh dimanfaatkan orang lain.
Saya pernah mempunyai sebuah blog yang saya bina ketika mula-mula berkhidmat di sebuah agensi kerajaan pada 4 tahun yang lalu iaitu : http://nuanisa.blogspot.com/ sejak awal saya menulis blog saya telah memikirkan idea untuk berkongsi tentang apa sahaja dengan masyarakat umum di luar sana. Saya merasakan ada satu jiwa yang bergolak di sebalik kehidupan saya yang penuh dengan rutin dan tugasan di pejabat. Selama 4 tahun saya perhalusi jiwa saya, saya makin nampak dan saya yakin saya gemar berkongsi, namun siapa saya, bukannya seorang pakar motivasi yang terkenal, bukan pula seorang pakar kediaman yang diminati ramai. Namun ia tidak mematahkan semangat saya.
Saya cuba mencari website dan sumber rujukan lain yang boleh mebantu saya untuk menulis sebuah website atau blog dengan cara yang baik dan berpengaruh. Lama juga saya mencari. Hampir 2 tahun sebelum saya meletakkan jawatan sebagai penjawat awam. Sebulan sebelum saya meletakkan jawatan saya terjumpa sebuah ebook JanaWangDari Rumah hasil penulisan Kak Masayu Ahmad. Saya tanpa berpikir panjang dan tanpa berbincang dengan suami saya membeli ebook ini. Sejak hari itu saya gemar mengikuti catatan Kak Masayu Ahmad yang membawa kepada keterbukaan hati saya dan nekad untuk melepaskan jawatan dan pualng ke rumah dengan hati berlapang dada dan berbekalkan sedikit panduan.
Melayari kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa selama 1 tahun menjadikan saya gemar mencuba apa sahaja, saya membuat dan mengedar cheesetart, saya menceburi bidang perniagaan hartanah, saya membantu suami berniaga insurans, saya mengamalkan ilmu senibina saya dengan membantu jiran membuat pelan ubahsuai, membantu rakan-rakan membuat 3D hiasan dalaman, saya ambil upah membuat 3D perabot jenis bina dalam dan pelbagai lagi, tak terlepas juga dari menjadi guru tadika di tempat anak saya sekolah dan membuat lukisan mural di dinding tadika tersebut dengan upah yang lumayan. Pendek kata semuanya saya cuba. Namun saya pasti ada satu perkara yang saya inginkan sangat dan saya perlu keluarkan dari diri saya
Saya tak tahan lagi, lalu saya beranikan diri menyapa kak Masayu Ahmad dalam FB. Saya bertanyakan beliau bagaimana beliau membuat jadual rutin harian, lalu beliau mencadangkan agar saya masuki kelas beliau. Beliau menyakinkan saya untuk membuat sebuah blog yang berkongsi dengan pembaca tentang kepakaran saya dan maklumat yang saya nak sangat berkongsi kepada orang ramai dengan cara penulisan yang berpengaruh agar sentiasa dipilih untuk dibaca dan dimanfaatkan bukan terbiar begitu sahaja.
Akhirnya pada bulan April yang lalu saya mula mendaftarkan diri dan ketika itu saya tidak mempunyai laptop sebab laptop saya ada di service centre. Kebetulan masa itu saya sibuk pula mengikuti suami outstation dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk berblog. Alhamdulillah kak Masayu faham keadaan saya dan selepas pilihanraya saya mula nekad untuk start menuntut ilmu dengan kak masayu secara serious.
Alhamdulillah, satu persatu beliau mula tunjuk kan langkah. Beliau membuat analisa terlebih dahulu kepada saya tentang apa minat dan kepakaran saya. Banyak yang saya ceritakan, namun akhirnya kak Masayu terbau akan kepakaran saya dan menyakinkan saya untuk menulis tentang satu kepakaran untuk dikongsi bersama masyarakat. Saya rasa bertuah kerana kak Masayu memberi tunjuk ajar seakan-akan pensyarah ketika saya membuat degree dahulu. Memberi pencerahan terhadap tajuk dan pecahan bab terhadap tajuk utama tersebut.
Kini saya rasa bersemangat dan teruja untuk menulis blog. Makin hari makin dapat rentaknya. Kata kak Masayu, perlahan-lahan, lama-lama saya akan boleh menulis 5-10minit untuk satu entry. Tak sabar rasanya. Kini saya masih berguru dengan beliau dengan pengharapan akan menghasilkan sebuah ebook yang boleh diletakkan di pasaran. Moga hasil penulisan ini menjadi tapak untuk saya mencambahkan ilmu saya. Andaikata satu hari nanti nyawa ditarik kembali, catatan penulisan saya adalah antara bekalan untuk saya yang mana boleh dimanfaatkan dalam rutin kehidupan orang lain demi keluarga yang tersayang akan terbela sebuah agama dan negara.
Bagi yang ingin mengikuti kelas ini saya sangat menggalakkan, ia bukan semestinya untuk mereka yang telah berhenti kerja malah boleh juga bagi mereka yang sedang bekerja. Kelas ini dijalankan secara flexible di mana kita bersoal jawab dan mendapat tugasan serta dokumen maklumat secara online sahaja. Ikut bila-bila masa yang kita selesa dan boleh kita luangkan. Jika Kak Masayu tidak online, kita boleh tinggalkan massage sahaja dan beliau akan jawab apabila sekembalinya beliau di atas talian. Sangat mudah dan berkesan. Kita juga akan dimasukkan ke dalam sebuah group tutorial di mana kita akan bertemu protege-protege yang lain. Yang pasti setiap dari protege akan menghasilkan sebuah ebook yang pertama dalam hidup bersama kak Masayu di akhir kelas ini. Pasti teruja kan? Begitu juga dengan saya. Semoga saya diberikan kudrat untuk menghasilkan ebook Panduan Lengkap Kediaman Anda pada masa terdekat ini. Insyaallah..aminn
untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh layari di sini :
Subscribe to:
Posts (Atom)